NURALISSA ILYANA ANUAR [KIL160072] SELF REFLECTION BLOG

NURALISSA ILYANA BINTI ANUAR [KIL160072]

TITLE: THE UNCOMMON GOOD & PERTUBUHAN PUSAT KEBAJIKAN DESTINY

FASA PERANCANGAN

             Kami memulakan tugasan bagi projek ini dengan perancangan yang rapi disusuli dengan nasihat dan bimbingan daripada Penasihat kumpulan kami iaitu Dr Badrul. Dalam projek "Social Engagement" ini, kumpulan saya telah memilih untuk menyempurnakan tugasan dengan melakukan kerja sukarelawan yang bertempat di KLCC dan Pertubuhan Pusat Kebajikan Destiny.Oleh hal yang demikian, kami memulakan projek ini dengan melakukan kempen yang memberi kesedaran terhadap orang ramai supaya lebih peka kepada Program "The Uncommon Good" ini.


KEMPEN KESEDARAN (THE UNCOMMON GOOD)
KTM MID VALLEY

               Tepat jam 11 pagi pada 18 & 19 November 2017, saya bersama ahli kumpulan yang lain telah menjalankan satu kempen untuk mempromosikan “The Uncommon Good (NPO Forum & Fair 2017)” kepada orang ramai tentang betapa pentingnya program tersebut dan manfaatnya.Bagi merealisasikan kempen ini, kami telah memilih Stesen KTM Mid Valley dan pemilihan tempat tersebut dibuat kerana ia merupakan salah satu tempat transit bagi orang ramai. Ini memudahkan kami untuk mengedarkan risalah-risalah di samping dapat menerangkan tentang program yang bakal dijalankan oleh pihak MAKNA (Majlis Kanser National). Program tersebut bertujuan untuk mewujudkan hubungan baru dalam sektor NPO dan tahap baru bagi sinergi kolektif kerja yang baik yang mungkin telah terlepas pandang atau diabaikan sebelum ini.Pada pendapat saya, program anjuran MAKNA ini dapat memberi impak yag besar kepada orang ramai. Setiap kali penumpang bertukar LRT lebih kurang sebanyak 60-80 risalah dapat diedarkan dan diterangkan sedikit sebanyak penganjurannya kepada orang ramai.
                 Dalam kesesakan orang ramai,kami terpaksa bertungkus lumus bagi merealisasikan sasaran yang dikehendaki. Walaupun terdapat sedikit kesukaran dalam menarik minat orang ramai tetapi ia berbaloi kerana usaha untuk memberitahu orang ramai mengenai program ini tercapai dan dilaksanakan dengan baik.

                 Pengajaran yang saya perolehi daripada program tersebut ialah kita perlulah memiliki kesabaran, kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat tersebut itu dan bukar sekadar melepaskan batuk di tangga, melakukan kerja sambalewa. Selain itu, kita hendaklah berhemah apabila berdepan dengan orang ramai kerana setiap individu itu mempunyai karakter yang berbeza dan semestinya kita perlu bijak mengedalikan sesuatu situasi. Di samping itu, kita mestilah bersikap terbuka dan tidak mudah melatah kerana terdapat segelintir orang yang kurang berminat dengan program yang sedemikian rupa. Tambahan pula dengan adanya perspektif yang berbeza, membuatkan ada yang berfikiran positif dan ada yang negatif. Walaubagaimanapun, itu sudah menjadi satu lumrah kehidupan dalam mengendalikan program-program seperti ini.


FASA SEMASA


1. THE UNCOMMON GOOD - NPO FORUM & FAIR 2017

KLCC

                Tanggal 24 & 25 November 2017, bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), telah berlangsungnya satu forum & pameran secara besar-besaran yang dianjurkan oleh MAKNA. Pameran ini disertai oleh 75 Not-for-Profit Organisations (NPO) dan 15 organisasi korporat bagi memberi input-input kepada orang ramai yang hadir. Seramai 10000 pengunjung hadir selama 2 hai pameran tersebut berlangsung. Program yang bertujuan memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai NPO mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kami wakil dari Universiti Malaya seramai 10 orang telah menyertai program ini sebagai sukarelawan untuk membantu kelancaran program dan merasai sendiri pengalaman berkhidmat dengan orang ramai.
                Program ini disertai oleh pelbagai agensi dan organisasi yang dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Kebajikan (kuning), Persekitaran (Hijau), Penjagaan Kesihatan (Merah Jambu) dan Pendidikan (Biru). Terdapat 90 booth yang telah dibuka di pameran tersebut dan orang ramai boleh mengunjungi ke setiap booth yang diminati untuk mendapatkan penerangan dengan lebih mendalam tentang organisasi-organisasi tersebut.
                Pada hari tersebut, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai tugas masing-masing. Bidang kerja tersebt membolehkan kami berinteraksi dengan orang ramai termasuklah pihak organisasi itu sendiri. Ia bertujuan untuk mengetengahkan dan memperkenalkan organisasi yang membantu tanpa mengambl sebarang pulangan. Selain itu, program ini diadakan bagi memupuk minat orang ramai terhadap kerja-kerja kesukarelawan. Di samping itu, ia dapat membina keyakinan diri untuk berkomunikasi, bijak dalam membuat keputusan serta dapat mengendalikan sesuatu situasi. Program ini juga menjadi satu platform untuk kita melebarkan sayap dalam kerjaya yang diceburi.
                Bagi saya, program ini sangat memberi manfaat kepada semua pengunjung terutamanya kepad diri saya. Hal ini kerana, saya merasakan diri dekat di antara satu sama lain dengan adanya sikap bekerjasama, tolong menolong, berfikiran jauh kehadapan dan membuatkan saya sedia berkhidmat dalam usaha untuk meneruskan perjuangan yang mulia ini.


Social Engagement Team-Group 5

Memberikan templet kepada pelajar-pelajar

Memberikan info dan penerangan lanjut kepada pengunjung

AIR ASIA BHD & AIR ASIA FOUNDATION

TEACH FOR MALAYSIA-EDUCATON

SRI COLLEGE-EDUCATION

LIVING WITH PARKINSON- HEALTH

2. PERTUBUHAN PUSAT KEBAJIKAN DESTINY
KLANG, SELANGOR

               Pada pagi Jumaat, 1 Disember 2017, kami telah ke Pertubuhan Pusat Kebajikan Destiny yang bertempat di Klang, Selangor. Kehadiran kami telah disambut mesra oleh penghuni tempat tersebut yang menempatkan kanak-kanak pelarian dari Negara Myammar, Indonesia dan Bangladesh. Penghuni seramai 70 orang, kesemuanya masih kanak-kanak kecil yang berumur antara 2 hingga 6 tahun dan di bawah pengawasan 3 orang tenaga pengajar dan pengasasnya, Miss Irene. Kanak-kanak di pusat ini diberikan pendidikan,pembinaan watak dan diajar tentang cara hidup yang sederhana dalam kebersihan dan persekitaran yang bersih. Sesungguhnya, pusat ini merupakan tempat yang selamat untuk kanak-kanak pelarian ini dan diberi kuasa melalui kasih sayang untuk memiliki nasib yang lebih baik dalam kehidupan peribadi mereka.
               Pada hari tersebut, kami diberi kepercayaan untuk menjaga kanak-kanak ini. Sebagaimana petugas, kami juga turut membantu melakukan kerja-kerja disitu. Mengendalikan kanak-kanak yang masi kecil sememangnya sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Bukan sahaja perlu melayan kerenah dan tingkah laku yang pelbagai, malah perlu bijak menambat hati mereka untuk menerima sesuatu yang ingin kita kongsikan. Pengalaman mengajar kanak-kanak ini amat bermakna sekali kerana kita perlu pandai dalam menarik minat mereka agar tidak mudah bosan dalam mempelajari sesuatu pelajaran. Kita hanya perlu kreatif dan inovatif dalam mendidik dan mengajar kanak-kanak sekecil itu. Oleh itu, kita perlulah memahami dan menyelami jiwa kanak-kanak ini untuk mencorakkan mereka menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti.
              Ilmu yang saya perolehi daripada Teach For Malaysia di Program “The Uncommon Good” membuatkan saya terpanggil untuk mengaplikasikannya ketika berada di Pertubuhan Pusat Kebajikan Destiny ini. Secara ringkasnya saya senaraikan konsep atau pendekatan yang digunakan iaitu S.A.I.L:

S - Suspending judgement                                                                                                                          A - Asset Based Thinking                                                                                                                          I  - Interpersonal Awareness                                                                                                                       L - Locus of control

Kanak-kanak ini berkumpul untuk mendengar nasihat dari Miss Irene

Membaca doa sebelum makan





FASA SELEPAS

                Sesungguhnya program ini memberikan begitu banyak manfaat dalam diri saya. Saya berharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka minda kita semua ke arah yang lebih baik dan positif.

SPREAD YOUR WING & FLY WITH ALLAH GUIDANCE
-ALISSA-




Comments

Popular posts from this blog

Self Reflection Nik Misya binti Nik Mazlan KIL160063

WHY MY FIRST IMPRESSION IS WRONG! (self- reflection) by SULFIKA BT ABDUL KARIM (KIL160093)